Monday, November 10, 2008
tamat sudah...
hari ini hari terakhir peperiksaan. tamat sudah perjuanganku. selepas ni,tiada lagi kelas yg perlu dihadiri, tiada lagi syarahan yang perlu didengar, tiada lagi assignment yang perlu disiapkan dan tiada lagi ujian dan peperiksaan. selepas ini, alam baru pula akan menjelma. alam pekerjaan yang amat dinantikan. latihan praktikal selama 5 bulan akan dijalankan di Petronas Dagangan di KLCC. tak sabar rasanya hati ini dicampur dgn rasa gementar yang amat sgt. bagaimana agaknya rasa bertemu orang baru disana dan bagaimanakah mereka bekerja disana? seribu satu persoalan yang ada dlm fikiran. apa pun yang ada difikiran dan yang digentarkan, confidence mesti ada dalam diri ini. berharap agar dpt melakukan yang terbaik ketika disana nanti.